Tuesday, October 26, 2021

DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN e-Folio MPU21032 Politeknik Merlimau sesi 20/21- Dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara.

TAJUK:DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN

                                               


Kod Kursus: MPU21032

Nama Pensyarah:Encik Mohd Faizal bin Mat Pesa

Program:DIPLOMA PEMASARAN
 
Kelas:DPR1B SESI 1 20/21

Ahli kumpulan:


 NAMA

NO MATRIKS        

MUHAMMAD AKRAM BIN ABD KARIM

14DPR21F1016

SHAKIR ZUFAYRI BIN SHAMSULKHAIRI

 

14DPR21F1062

MUHAMMAD FARHAD BIN RAHMAN

14DPR21F1076

AKHIRUL NIZAM BIN SUDIRMAN

14DPR21F1002



PENGENALAN

Ini merujuk kepada tingkah laku beberapa individu yang tertentu terlibat badan atau agensi rasmi seperti agensi kerajaan dan badan perundangan.

 Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan kucar- kacil dan sukar bagi pemimpinnya memajukan sesebuah negara.

Pembangunan bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan merapatkan lagi jurang antara kaum.

Dasar-dasar dibentuk bukan sahaja penting membantu  negara yang baru membangun malahan proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap dasar yang sedia ada dapat mewujudkan sebuah negara maju.


  • Selepas merdeka, kerajaan telah melakukan permulaan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan tersusun.Oleh itu,terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu:


                                                                   


  

 Dasar Ekonomi Baharu


1.Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 dan terdapat 2 matlamat seperti berikut: 


2.Usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB iaitu:


💙Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.


💙Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu.

 👉Melatih dan membentuk para usahawanan dan pedagang baru di         kalangan masyarakat bumiputera.

 👉Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar bumiputera.

 👉Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakkan ihtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta 


3.Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan      meningkatkan taraf ekonomi bumiputera ialah:





DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

  • Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
  • Bagi penduduk yang berbilang kaum seperti Malaysia proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan.
  • Dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan.


BERTERASKAN KEPADA KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU

  • Merupakan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa.
  • Kebudayaan ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu,kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SESUAI

  • Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
  • penerimaan budaya kaum bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat.
ISLAM MENJADI UNSUR YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

  • Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal
  • Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia
Usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:-

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan.
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
  • Strategi dan Pelaksanaan

ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

  • Melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
  • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih.
  • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan dan kenegaraan.
  • Memenuhi keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA.

Dasar pendidikan negara diggubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa.



Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.

  • Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang  menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara.
  • Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan     komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar ini bagi,memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

  • Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat.
  • Di samping itu,aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal  
  • Masyarakat juga, salah satu  penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam.
  • Pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi.


DASAR SOSIAL NEGARA

  • Dasar Sosial Negara adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan 
  • Mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia .Malaysia akan lebih mencapai  tahap kesempuranaan ciri ciri insan negara yang Berjaya dan bermotivasi tinggi.


  • Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

 Objektif khusus

  • Memastikan keperluan asas individu keluarga dan masyarakat dipenuhi.
  • Memperkukuh dan membangunkan system sokongan sosial dan menjana sinergi multisektor.
  • Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya jantina dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Dasar pembangunan negara



  • Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. 
  • Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunianya.
  • DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020
  • Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. 
  • DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.



Strategi pelaksanaan


  • Mewujudkan keseimbangan yang optimum 
  • Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
  • Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara 
  • Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional
  • Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat 
  • Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif 
  • Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi 
  • Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi


Dasar wawasan negara


Terdapat 7 teras utama dasar wawasan negara:


  • Membina bangsa yang berdaya tahan
  • Menggalakan pewujudan masyarakat yang saksama
  • Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
  • Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
  • Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
  • Mengukuhkan pembangunan sumber manusaia
  •  Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan


Dasar wawsan negara


  • Merupakan rancangan rangka panjang ketiga tumpu kepada peningkatan  keutuhan dan daya saing negara
  • Meningkat kualiti pembangunan dan mejana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya rakyat menikmati kemakmuran.


Kesimpulan


Kerajaan mengubah dasar dasar negara bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni serta menstabilkan sistem di dalam sebuah negara.Dasar-dasar kerajaan sering berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin yang memimpin sebuah negara dalam suatu tempoh masa.Matlamat dalam dasar-dasar tersebut masih sama walaupun mempunyai sedikit perubahan dalamnya.Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khusunya pada awal tahun 1970-an adalah berteraskan DEB yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara.

 

 
 atau




RUJUKAN

(https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fasmadiahmad2%2Francangan-dan-wawasan-negara&psig=AOvVaw0Eb-9miB6EjE9Ap5pAnnqd&ust=1636040113528000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0Q3YkBahcKEwjYsMPAwvzzAhUAAAAAHQAAAAAQAw

(https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.slideserve.com%2Fniyati%2Funit-4-dasar-pembangunan-negara-dasar-dasar-utama&psig=AOvVaw0Tlpa4pbjmRQnp9mOl2G1o&ust=1636043461167000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCIio8fvO_PMCFQAAAAAdAAAAABAM

http://www.jkkhttp://pmk5jun17polisas.blogspot.com/2017/08/dasar-dasar-kerajaan-untuk-membentuk_12.html?m=1n.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2018/06/dasar-pendidikan-negara-kupasan-dasar.htmhttp://cgpengajianam.blogspot.com/2012/07/dasar-pembangunan-nasionaldpn.htmll?m=1

https://youtu.be/lws-ImuCRB4?t=97

16 comments:

  1. Very good and easy to understand everything

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing this informative write-up!

    ReplyDelete
  3. Well written blog! Really informative! Thank yoy for sharing!

    ReplyDelete
  4. Very informative and so exciting

    ReplyDelete
  5. Very good sharing and information

    ReplyDelete
  6. sangat kreativiti dan info yang mudah dipahami

    ReplyDelete
  7. peta i think yang menarik dan menarik minat untuk baca

    ReplyDelete
  8. blog yang menarik dan menggunakan kaedah scanning untuk tengok video

    ReplyDelete
  9. isi kandungan blog sangat bagus

    ReplyDelete
  10. isi yang padat dan sangat berguna untuk membantu pelajar membuat karangan

    ReplyDelete
  11. blog yang menggunakan info yang mempunyai isi menarik

    ReplyDelete
  12. bermanfaat kepada pelajar yang lemah dalam sejarah atau lemah dalam pengetahuan ini

    ReplyDelete
  13. Isi berkualiti Dan bermanfaat👍

    ReplyDelete

DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN e-Folio MPU21032 Politeknik Merlimau sesi 20/21- Dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara.

TAJUK:DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN                                                 Kod Kursus: MPU21032 Nama Pensyarah:Encik  Mohd...